nuffnang

Thursday, December 17, 2009

1431Hijrah

selamat tahun baru 1431Hijrah....

moga2 tahun baru akan lebih membawa sinar
untuk keluarga & sahabat handai....
moga aku & hubby jadi lebih tabah...

jangan lupa baca doa akhir tahun & awal tahun k


DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...


maksud nya



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...




Thursday, December 3, 2009

19 KEISTIMEWAAN WANITA vs 6 JENIS WANITA MALANG



















19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
salam.... selesai sudah raya korban
merangkap kenduri perkahwinan adik iparku...
keadaan yang sangat memenatkan....

pagi raya : menu roti jala... + teh tarik...
pas smyg raya g plak beraya umh abah ramli + umh bro yOo...
time beraya dah x larat nak makan... kenyang sangat...
time petang plak.. time to work...
membungkus telur + pack door gift...
uda kata macam keje kilang... department paling cekap adalah dept aku
huhuhuhuh pantas bekerja gitew... yehah!!!

ni plak ude tgh wat sireh junjung... at first akula yang nak wat.. pas tu
x de idea sbb bunga x banyak.. kat muadzam x de fresh flower lah
klu ada.. senang keje aku... sabau je lah
last2 ude deco pakai bunga orked tok huhuhuh....

ni time aku nak g tunas manja sbb nak beli bahan2 sandwich
& bahan2 basah untuk makan beradap......
aku masak sayur campur je....

cousin kami.. along... anak makcik Mila.. ngan abg chu yang noty
sangat.. bila lah abg chu nak berubah huhuhuhuh

tibalah hari bersejarah untuk sarah....
majlis pernikahan sepatutnya berlangsung kul 10am...
tp time tok kadi datang.. mak andam x datang lagi...
so pengantin x siap ape2 lagi... sabau je la mak andam nih...

majlis akad nikah start kul 12 cam tu lah....
tok kadi salam ngan wali(abah aku lah) tanda kira pas kat dia lah huhuhu

debaran pengantin lelaki sblum akad nikah....

Alhamdulillah.. sarah telah bergelar isteri keada bob dengan 3 lafaz...
bravooooOOooo...

ceria si pengantin baru

caya lah abg yie ( abg sulung aku) bersilah ngan baju melay lagi...


ni hantaran dari pihak lelaki untuk peremuan

ni plak hantaran dari pihak perempuan untuk lelaki...
semuanya 13 berbalas 11....
ada xtra termasuk cincin ngan mas kawen

tq to all family sbb menjayakan majlis ni....

konica......

last2 majlis tukar2 baju....

pas kenduri ni aku cam orang sakit...
sangat penat....
adakah penat sbb pembawakan huhuh...
sama2 lah kita nantikan ....
papai....
luv u olss!!