nuffnang

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, August 29, 2011

last day pose....

ari ni last day pose... maksudnya esok raya....
tahun ni aku beraya kat umah MIL... :(
1st raya buat son Dhiya Hadiff...
baju raya sume dah ok cume baju raya aku je lah besau sket...
xsesori pun x dek.. plain semata2... menci lah.. x glammm la dis year hahaha
x pe lah.. janji boleh raya...

yang x best nya raya tahun ni... da nak raya esok tp muka aku berjerawat.. WHAT THE FISHH
geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.... hope tercover lah esok.. make up tebal2 hihihih

ok.. story pasal ari nih.... pagi aku bangun lewat.. sbb leteyyyy mengemas umh sabtu n ahad...
baba hadiff a.k.a hubby kesayangan ku kena kojo.. aku?? dipaksa CUTI oleh atasan....
sume staff cuti berekod... (ape ni men pakse2 huhhuhu) dalam kul9 aku bangun kemas2 baju.. arghhh paking untuk balik kg.. baju2 aku n hadiff lah.. baba punya bia dia kemas... rakang ado je yang x betul hikhikhi....

area kul 10 aku pun mandikan bujang kesayangan sbb dia yak2 yak... n siap2... tgk kat dapur.. tok tgh sibuk2 nak masak untuk esok.. plan nya nak masak rendang ayam + daging... lemang periuk kera n etc.....

sesi menyediakan bahan2 untuk membuat lemang periuk kera... mula2 basuh beras pulut.... da bersih tuang santan+gula+garam secukupnya... n rendam... be4 tu korang bersihkan la dulu periuk kera tuh da bersih boleh la masukkan rendaman td dalam periuk kera tersebut.. nak susun dalam pengkukus agak susah sbb muntut periuk kera x rata.... tumpah2 santan ekekekekek tok la yang susun2.....

mak de plak wat rendang ayam n daging.... masak punya masak punya masak lamo lah sbb daging liat heheheh

then rizal balik bawa kaki lembu n daging sumbangan pemuda katanya.. tq tq tq tq tq...
giliran pak long plak yang melapah daging.... mula2 cari periuk besau x jumpa... pas jumpa mula la aku merebus 4 ketul tulang n daging sket..... lamo.... nak rebus tuh.. dari kul 3 sampai kul 6 lebeih.... huhuhuh nasib baik da empuk... suh tok test lembut ke x.. dia kata ok.... goreng bawang n potong daun sup.. hidang....

syok nya berbuka makan sup gear box(1st time masak neh) ngan sambal kicap.... pas tu lemang periuk kera n rendang daging n ayam... nyummy2 dowh huhuhhuhu

segama pict aku upload esok k... tq..


Wednesday, August 11, 2010

DONAT TOK

Bahan-bahan :

1 kg - tepung gandum
1 Peket - yis segera Mauripan
50 gm - majerin
1 bjtelur B - dipukul dengan garfu
5 s.besar - gula kastor
2 s.teh - serbuk penaik
3 s.besar - susu pekat manis + 3 sudu besar air
500 ml - air

Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung gandum,yis, gula kastor dan serbuk penaik dalam sebuah bekas. Gaul bahan kering ini hingga rata.
2. Buat lubang di tengah dan tuangkan telur dan air susu pekat manis. Gaul rata.
3. Masukkan majerin dan gaul rata. Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kasar. Doh hendaklah basah dan lembut.
4. Sediakan sebuah dulang dan taburkan sedikit tepung. Uli doh dengan cara menolaknya ke depan dan membawanya semula ke belakang (seperti memberus kain).
5. Uli selama 15 minit hingga doh menjadi lembut, licin dan elastik. Bulatkan doh.
6. Masukkan semula ke dalam bekas dan tutup plastik atau dulang tadi. Biarkan doh mengembang selama 45 minit atau naik 3 kali ganda dari saiz asalnya. Letakkan di tempat hangat agar ia cepat mengembang.
7. Tumbuk doh satu kali untuk mengeluarkan angin atau karbon dioksida yang dikeluarkan oleh yis tersebut. Uli semula sebentar ke bentuk asal.
8. Ambil secubit doh dan bulatkan. Bentukkan seperti roda dan susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan ia mengembang selama 20 minit.
9. Panaskan minyak dan goreng dalam api yang kecil. Apabila donat kembang dan kekuningan,angkat dan toskan.
10. Apabila hampir sejuk, golekkan dengan gula kastor atau gula halus yang dikisar.
Boleh juga dicelup dengan coklat masakan yang dicairkan. Hiaskan atasnya dengan chocolate rice atau badam cincang. ataupun disira pedas.... sangat yummy...

Tips :
1. Goreng donat sekadar untuk keperluan sahaja. Jika lima orang makan, goreng 15 biji sahaja.
Ini untuk mengelakkan pembaziran dan donat yang lebih akan menjadi keras.
2. Donat boleh disimpan dalam peti sejuk atau difrozenkan. Caranya goreng donat hingga ia kembang tetapi masih putih. Proses ini untuk mematikan yisnya. Angkat dan toskan. Sejukkan dan susun dalam bekas plastik. Jika hendak dimakan esok, simpan di tempat chiller saja.Jika mahu disimpan lama, simpan dalam peti dinginbeku (frozen).
3. Apabila hendak digoreng, keluarkan donat 1 jam sebelumnya.Gorenglah seperti biasa hingga kekuningan.

KRIM PUFF

RESEPI KRIM PUFF...

Bahan-bahan :
70g majerin
140g tepung gandum
4 biji telur
200ml air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan majerin.
2. Bila majerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mixer. Campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
7. Setelah sejuk, belahkan di tengah, tetapi jangan sampai putus. Masukkan inti. Jika suka, curahkan coklat masakan yang telah dicairkan diatasnya.


Bahan Untuk Inti Kastad Oren
3 oz jus oren (mama campurkan Sunquick dengan air ikut kemasaman yang dikehendaki)
6 oz susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar majerin
2 sudu besar tepung kastad

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung kastad (sedikit demi sedikit) dengan susu hingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masakkan campuran tadi di atas api yang kecil hingga pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk sebelum digunakan