nuffnang

Wednesday, August 11, 2010

It'S a Boy.....


syukur....
on 5 August lepas kami g scan bby...
ase x senang x tau gender bby hahahahaha
doc. Siti kata 'aik kerapnya scan...' hehehe sengeh je lah
'hurmm nak tau gender la doc' then she just smile
hahahah mesti dia paham aku selok nak tau....
then baru je letak dapat la tgk ada 'telor' so it's means
i's a boy... abie la suke sangat.. by da way kami bersyukur
ape2 gender pun.... yang penting bby sihat walafiat cukup la..

then be4 balik bp on 6 August g scan 3d... niat nak tgk muka plak
tp bby x tunjuk langsung..
muka kebelakang...
doc tu siap goncang2 perut suh bby twist kan muka...
tp dear kat inside tu wat derkkkk je...
n the doc said 'he too shy hahahah'
so print la black n white pict bahu & telinga je...

x sabar nak tunggu bby kuar.. but a lil bit scary juga...
harap aku mampu mengharungi sume tuh....
aminnnn

DONAT TOK

Bahan-bahan :

1 kg - tepung gandum
1 Peket - yis segera Mauripan
50 gm - majerin
1 bjtelur B - dipukul dengan garfu
5 s.besar - gula kastor
2 s.teh - serbuk penaik
3 s.besar - susu pekat manis + 3 sudu besar air
500 ml - air

Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung gandum,yis, gula kastor dan serbuk penaik dalam sebuah bekas. Gaul bahan kering ini hingga rata.
2. Buat lubang di tengah dan tuangkan telur dan air susu pekat manis. Gaul rata.
3. Masukkan majerin dan gaul rata. Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kasar. Doh hendaklah basah dan lembut.
4. Sediakan sebuah dulang dan taburkan sedikit tepung. Uli doh dengan cara menolaknya ke depan dan membawanya semula ke belakang (seperti memberus kain).
5. Uli selama 15 minit hingga doh menjadi lembut, licin dan elastik. Bulatkan doh.
6. Masukkan semula ke dalam bekas dan tutup plastik atau dulang tadi. Biarkan doh mengembang selama 45 minit atau naik 3 kali ganda dari saiz asalnya. Letakkan di tempat hangat agar ia cepat mengembang.
7. Tumbuk doh satu kali untuk mengeluarkan angin atau karbon dioksida yang dikeluarkan oleh yis tersebut. Uli semula sebentar ke bentuk asal.
8. Ambil secubit doh dan bulatkan. Bentukkan seperti roda dan susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan ia mengembang selama 20 minit.
9. Panaskan minyak dan goreng dalam api yang kecil. Apabila donat kembang dan kekuningan,angkat dan toskan.
10. Apabila hampir sejuk, golekkan dengan gula kastor atau gula halus yang dikisar.
Boleh juga dicelup dengan coklat masakan yang dicairkan. Hiaskan atasnya dengan chocolate rice atau badam cincang. ataupun disira pedas.... sangat yummy...

Tips :
1. Goreng donat sekadar untuk keperluan sahaja. Jika lima orang makan, goreng 15 biji sahaja.
Ini untuk mengelakkan pembaziran dan donat yang lebih akan menjadi keras.
2. Donat boleh disimpan dalam peti sejuk atau difrozenkan. Caranya goreng donat hingga ia kembang tetapi masih putih. Proses ini untuk mematikan yisnya. Angkat dan toskan. Sejukkan dan susun dalam bekas plastik. Jika hendak dimakan esok, simpan di tempat chiller saja.Jika mahu disimpan lama, simpan dalam peti dinginbeku (frozen).
3. Apabila hendak digoreng, keluarkan donat 1 jam sebelumnya.Gorenglah seperti biasa hingga kekuningan.

KRIM PUFF

RESEPI KRIM PUFF...

Bahan-bahan :
70g majerin
140g tepung gandum
4 biji telur
200ml air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan majerin.
2. Bila majerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mixer. Campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
7. Setelah sejuk, belahkan di tengah, tetapi jangan sampai putus. Masukkan inti. Jika suka, curahkan coklat masakan yang telah dicairkan diatasnya.


Bahan Untuk Inti Kastad Oren
3 oz jus oren (mama campurkan Sunquick dengan air ikut kemasaman yang dikehendaki)
6 oz susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar majerin
2 sudu besar tepung kastad

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung kastad (sedikit demi sedikit) dengan susu hingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masakkan campuran tadi di atas api yang kecil hingga pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk sebelum digunakan

Saturday, July 3, 2010

i'm 20 weeks years old oledi...


lama x update blog nih.. dah berhabuk dah....
skung ni aku stay kat kg.... in bp...

x de pe yang nak di share lah... last g check up n scan
still x nampak gender bby.. bila mama boleh tau gender bby nih...
i'm 20 weeks years old

x sabau asenya...
now mama slalu rasa bby gerak2 inside...
x tau nak describe pe...
suka+teruja+syukur+macam2 lagi lah....
hope u nanti jadi anak yang soleh+solehah ok...
i wish all da time after praying ur health n ur successful in dis world honey
ur baba also....
ok.. mama will sambung next k....




Saturday, April 24, 2010

bosan... x nak duk umh

jobless!!!! waaaaaaaaaa that me.. kenape susah sangat nak dapat keje..... ngan status married nih x de sapa ke nak amik aku keje... x layak ke aku diambil keje...
lagi2 kat muadzam nih... susah sangat nak dapat keje.... cam ner la aku nih.... aku memerlukan keje... untuk mengisi rutin hidup yang agak bosan neh... at least bangun pagi n g keje.. doing a job n go back home... bila la aku nak dapat merasainya.... walaupun aku tau... org yang bekerja tu malas nak keje... tp aku ni yang x bekerja nak keje.... bosan la duk umh jer.. dah la bandar muadzam ni lambat maju.. sedehnya....
abie.. g la tukar keje... letey la duk muadzam nih.... plz..... at least tukar la kat bp pun lagi amie suka sangat2 suke.... rindu nak duk bp.... uwaaaaaaaaaaaa... sedey nya dalam hati aku n ALLAH s.w.t je yang tau huhuhuhuhuh