nuffnang

Sunday, August 15, 2010

Puasa yang ke 5 & fadhilat terawih malam ke 6

ALHAMDULILLAH....
syukur... kenyang sangat.. menu ari ni Nasi Ayam...
nyummyyy sangat... ari ni dah ada org munjung...
3 org lagik... ada mee sup, nasi ayam n ketupat....
syoknya... hehehehe....

heheheh nak g mandi la dulu be4 g terawih....
malam ke 6 ni fadhilat terawih ialah...

"Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu."


moga2 aku dapat ape yang dijanjikan.. aminnnn

Saturday, August 14, 2010

sangat kenyang.... syukur ALHAMDULILLAH......
kak ipah masakkan siakap sweet sour n pecal....
td aku plak g bazar beli murtabak... kenyang sangat...

ari ni bufday my bro Muhammad Najib yang ke 28... wahhhh tua nya...
hahahah selamat hari jadi bro... moga2 cepat kawen ye huhuhu
dah plan tahun depan ye... aminnnn

malam ni aku x brape ok.. perut penuh n badan sangat sakit.....
jadi aku x g terawih... esok plak...

tp fadhilat tarawih malam ni

" ALLAH S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa."

moga2 sapa yang g tu terutama my hubby dapat la ganjaran yang telah dijanjikan.. insyaALLAH.....

Friday, August 13, 2010

selesai sudah berbuka.... wahhh ari ni aku agak flat...
moga2 x de pe lah....
nak mandi sejuk... tp nak kena mandi gak
karang org duk sblh aku masa terawih kata eiiiuuuwww busuknya hahha
ok... malam ni malam ke 4 terawih... & fadhilatnya ialah

"Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran."

ok sume... nak mandi dulu hehehe.. then pas tu nak siap2 g terawih plak.. hope aku & bby dapat ape yang telah dijanjikan.. insyaALLAH....

Thursday, August 12, 2010




malam ni terawih malam yang ke3...
jadi fadhilat solat sunat tarawih malam ke 3 ialah....

"Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka."


mudah2an klu sesapa yang pegi tu dapat k... untuk aku juga.. walaupun perut rasa senak hehehehe...

selamat pergi terawih sume.....

PANDUAN SOLAT SUNAT SEBELUM & SELEPAS ISYA', SOLAT SUNAT TARAWIH & SOLAT SUNAT WITIR

Saja nak share kat sini... ni amik kat wikipedia... untuk panduan aku n korang sume...

ok bila kita sampai masjid or surau.. seelok2nya buat la solat sunat Tahyatul Masjid

ni lafas niat SOLAT SUNAT TAHYATUL MASJID: -

NiatsunatTahiyyatulMasjid.gif

Ertinya : "Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

lepas tu sah2 la azan kan... kat sini aku share niat untuk SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA'

niat dia cam ni :-

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

pas tu smyg Isya' mengikut imam.... solat isya sure korang tau kan... hehehe
dah siap solat Isya'
kita wat solat sunat selepas solat Isya'
ni niat SOLAT SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA' :-

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

then baru la kita sama2 mengerjakan SOLAT SUNAT TARAWIH BERSAMA2 IMAM

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Solat sunat39.gif

Ertinya : Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

biasanya kat surau kg aku ni.. KG Parit Bengkok, Parit Raja akan wat 20 rakaat solat sunat tarawih

then baru wat 3 rakaat SOLAT SUNAT WITIR

Solat Sunat Witir bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.

Lafaz niat SOLAT SUNAT WITIR :-

Witr2.jpg

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.

pas salam solat sunat witir lagi yang ganjil lafaz niatnya :-

Witr1.jpg

Ertinya : Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala

Wednesday, August 11, 2010





Alhamdulillah....
sampai juga aku puasa penuh untuk hari yang pertama....
dah siap berbuka puasa....
menu ari ni tom yam + ikan goreng + popia otak2... + air teh tarik kaw2 punya hehehhe..
habis la masuk angin la badan aku nih.. kompom sendawa saja... sendawa x pe jgn kentut.. susah plak asyik nak berwuduk je nanti huhuhuh....

be4 siap2 nak g tarawih ni update blog hehehehe...
malam ni malam ke2 tawarih & fadhilat dan kelebihan solat TARAWIH malam ni ialah

" DIAMPUNKAN DOSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG MENGERJAKAN SOLAT TARAWIH, SERTA DOSA-DOSA KEDUA IBU BAPANYA"

InsyaALLAH....

untuk suamiku... abie jgn lupa g tarawih ok.. love u alwayss....



It'S a Boy.....


syukur....
on 5 August lepas kami g scan bby...
ase x senang x tau gender bby hahahahaha
doc. Siti kata 'aik kerapnya scan...' hehehe sengeh je lah
'hurmm nak tau gender la doc' then she just smile
hahahah mesti dia paham aku selok nak tau....
then baru je letak dapat la tgk ada 'telor' so it's means
i's a boy... abie la suke sangat.. by da way kami bersyukur
ape2 gender pun.... yang penting bby sihat walafiat cukup la..

then be4 balik bp on 6 August g scan 3d... niat nak tgk muka plak
tp bby x tunjuk langsung..
muka kebelakang...
doc tu siap goncang2 perut suh bby twist kan muka...
tp dear kat inside tu wat derkkkk je...
n the doc said 'he too shy hahahah'
so print la black n white pict bahu & telinga je...

x sabar nak tunggu bby kuar.. but a lil bit scary juga...
harap aku mampu mengharungi sume tuh....
aminnnn

DONAT TOK

Bahan-bahan :

1 kg - tepung gandum
1 Peket - yis segera Mauripan
50 gm - majerin
1 bjtelur B - dipukul dengan garfu
5 s.besar - gula kastor
2 s.teh - serbuk penaik
3 s.besar - susu pekat manis + 3 sudu besar air
500 ml - air

Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung gandum,yis, gula kastor dan serbuk penaik dalam sebuah bekas. Gaul bahan kering ini hingga rata.
2. Buat lubang di tengah dan tuangkan telur dan air susu pekat manis. Gaul rata.
3. Masukkan majerin dan gaul rata. Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kasar. Doh hendaklah basah dan lembut.
4. Sediakan sebuah dulang dan taburkan sedikit tepung. Uli doh dengan cara menolaknya ke depan dan membawanya semula ke belakang (seperti memberus kain).
5. Uli selama 15 minit hingga doh menjadi lembut, licin dan elastik. Bulatkan doh.
6. Masukkan semula ke dalam bekas dan tutup plastik atau dulang tadi. Biarkan doh mengembang selama 45 minit atau naik 3 kali ganda dari saiz asalnya. Letakkan di tempat hangat agar ia cepat mengembang.
7. Tumbuk doh satu kali untuk mengeluarkan angin atau karbon dioksida yang dikeluarkan oleh yis tersebut. Uli semula sebentar ke bentuk asal.
8. Ambil secubit doh dan bulatkan. Bentukkan seperti roda dan susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan ia mengembang selama 20 minit.
9. Panaskan minyak dan goreng dalam api yang kecil. Apabila donat kembang dan kekuningan,angkat dan toskan.
10. Apabila hampir sejuk, golekkan dengan gula kastor atau gula halus yang dikisar.
Boleh juga dicelup dengan coklat masakan yang dicairkan. Hiaskan atasnya dengan chocolate rice atau badam cincang. ataupun disira pedas.... sangat yummy...

Tips :
1. Goreng donat sekadar untuk keperluan sahaja. Jika lima orang makan, goreng 15 biji sahaja.
Ini untuk mengelakkan pembaziran dan donat yang lebih akan menjadi keras.
2. Donat boleh disimpan dalam peti sejuk atau difrozenkan. Caranya goreng donat hingga ia kembang tetapi masih putih. Proses ini untuk mematikan yisnya. Angkat dan toskan. Sejukkan dan susun dalam bekas plastik. Jika hendak dimakan esok, simpan di tempat chiller saja.Jika mahu disimpan lama, simpan dalam peti dinginbeku (frozen).
3. Apabila hendak digoreng, keluarkan donat 1 jam sebelumnya.Gorenglah seperti biasa hingga kekuningan.

KRIM PUFF

RESEPI KRIM PUFF...

Bahan-bahan :
70g majerin
140g tepung gandum
4 biji telur
200ml air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan majerin.
2. Bila majerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mixer. Campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
7. Setelah sejuk, belahkan di tengah, tetapi jangan sampai putus. Masukkan inti. Jika suka, curahkan coklat masakan yang telah dicairkan diatasnya.


Bahan Untuk Inti Kastad Oren
3 oz jus oren (mama campurkan Sunquick dengan air ikut kemasaman yang dikehendaki)
6 oz susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar majerin
2 sudu besar tepung kastad

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung kastad (sedikit demi sedikit) dengan susu hingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masakkan campuran tadi di atas api yang kecil hingga pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk sebelum digunakan

Saturday, July 3, 2010

i'm 20 weeks years old oledi...


lama x update blog nih.. dah berhabuk dah....
skung ni aku stay kat kg.... in bp...

x de pe yang nak di share lah... last g check up n scan
still x nampak gender bby.. bila mama boleh tau gender bby nih...
i'm 20 weeks years old

x sabau asenya...
now mama slalu rasa bby gerak2 inside...
x tau nak describe pe...
suka+teruja+syukur+macam2 lagi lah....
hope u nanti jadi anak yang soleh+solehah ok...
i wish all da time after praying ur health n ur successful in dis world honey
ur baba also....
ok.. mama will sambung next k....